Julian Nagelsmann digelar The Baby Mourinho oleh media di Jerman kerana pada usia muda beliaun sudah menunjukkan karakter dan kualiti pengurusannya.

Namun Nagelsmann sebenarnya tidak menjadikan The Special One sebagai rujukan taktikalnya.

Berikut 5 perkara tentang pengurus RB Leipzig ini.

1) Pemecah rekod

Nagelsmann menjadi pengurus Bundesliga bersama Hoffenheim pada usianya 28 tahun pada Februari 2016, mengambil alih daripada veteran Huub Stevens, yang meletak jawatan kerana masalah kesihatan.

rB8oyFssF3yATal8AAC-Xogx8dw840

Kehadiran beliau ternyata membantu mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Nagelsmann menjadi pengurus sepenuh masa paling muda. Walaupun rekod paling muda dipegang Bernd Stober yang menguruska Saarbrücken sebagai interim pada 1976.

2) Masalah kecederaan

Lahir di Landsberg am Lech, Nagelsmann bermain untuk pasukan muda 1860 Munich bersama dengan Christian Träsch dan Fabian Johnson.

Namun beliau terpaksa melupakan bola sepak pada usia 20 tahun kerana masalah kecederaan lutut yang kronik ketika bermain untuk Augsburg.

Nagelsmann mengumumkan perasaraannya pada usia muda dan berkata: “Ini hari paling sedih untuk saya kerana terpaksa menamatkan karier saya pada usia sangat muda.”

nagelsmann-TSV-1860

“Pertama sekali, saya tak mahu melakukan perkara lain selain bola sepak.”

Nagelsmann adalah pemain pertahanan ketika bergelar pemain.

3) Inovatif di pusat latihan

mahe

Hoffenheim adalah salah satu daripada beberapa kelab di dunia yang menggunakan ‘Footbonaut’ untuk memperbaiki sentuhan bola dan kawalan pemain mereka,

Tetapi Nagelsmann telah menggunakan teknologi dalam latihan lebih jauh. Selain menggunakan drone untuk memfilemkan gerakan skuadnya, dia memasang videowall raksasa di garisan tengah padang latihan utama mereka.

Dinding dengan skrin video besar yang dipasang Nagelsmann di kemudahan latihan Hoffenheim dapat memberikan gambaran taktikal yang lebih baik kepada pemainnya.

4) Role model

Kita semua tahu bahawa Nagelsmann merupakan protege Thomas Tuchel.

Beliau mulai berjinak dengan dunia kejurulatihan ketika bermain bersama Augsburg II.

Oleh kerana sering dilanda masalah kecederaan, Nagelsmann diarahkan Tuchel menjadi pemerhati taktikal dan scouting separuh masa / part time.

Tuchel mengesan kepintarannya dalam taktikal sejak dari awal.

Namun begitu dari segi rujukan taktikal, Nagelsmann menjadikan Guardiola sebagai rujukan utamanya dan mengangap Tuchel sebagai pengaruh terbesar dalam kariernya.

0_GettyImages-1072264564

5) Pencapaian luar biasa

Pada usianya baru 33 tahun, Nagelsmann sudah mengecapi beberapa kejayaan luar biasa.

Beliau menjadi pengurus pertama membawa Hoffenheim ke Liga Juara Juara Eropah.

Dan kemudian menjadi pengurus pertama membimbing Leipzig mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2019/20.

Beliau juga menjadi pengurus paling muda yang berjaya sampai ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain

Sejarah Tercipta, Leipzig Ke Separuh Akhir Pertama Kalinya, Singkir Atletico

Ozil Kecam Arsenal Isu Uighur Dan Cara Pemotongan Gaji

Jadon Sancho Gembira Di Dortmund